GCE LEVEL 1


 Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pasti akan turut wangi. kalau berkawan dengan penjual besi pastikan terasa bahang panasnya besi. Perumpama ini sangat terkesan dalam pengembaraan saya menimba ilmu pendigital ini. Apabila berkawan dengan pakar dalam IT, maka banyaklah ilmu IT yang akan diperolehi dan dikongsi bersama-sama.Apabila saya berada di dalam persekitaran yang kaya dengan ilmu bidang IT, saya juga turut terpalit juga.Terima kasih my roomate Mohd Nor Azam Ahmad dan adik beradik AYU yang tak jemu mendorong dan memberi sokongan padu dalam pengembaraan saya ini.Saya biasa-biasa saja .Cumanya saya suka meneroka cara saya. Nak kreatif tu pun, kreatif setakat semampu saya saja.
    Sebelum menduduki peperiksaaan secara talian, saya juga membuat latihan yang disediakan di dalam Delima ala-ala Pra test  sebelum menduduki peperiksaan sebenarnya. Dalam Pra test pun kena betul semua kalau tak kena ulang berkali-kali sehingga betul semua.
    GCE ini adalah di bawah syarikat Google. Masa untuk menjawab soalan peperiksaan adalah selama 2 jam. Saya jawab 1jam lebih dan seterusnya saya submit jawapan saya