Program berkati kami pada rejab , Syaaban Dan Sampaikan Kami Ke Ramadhan









 Program berkati kami rejab syaaban dan ramadhan berjaya diadakan peringkat kg pada 12.1.2024. Tahniah kepada pihak pengajur.

Berkata Abu Bakar al-Warraq rahimahullah: “Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.”

Berikut merupakan jadual tarikh penting puasa sunat Rejab 2024:

-13 Januari 2024 (Sabtu) – 1 Rejab
-15 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
-18 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
-22 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
-25 Januari 2024 (Puasa Sunat Hari Khamis, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
-26 Januari 2024 (Jumaat) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh.

Bulan Rejab juga merupakan salah satu bulan yang disenaraikan sebagai waktu mustajabnya doa dan sudah pasti ada doa masuk bulan Rejab yang kita boleh lakukan.

-27 Januari 2024 (Sabtu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh @ 13/01/2024 (SABTU) ‼️

Malam pertama Rejab jangan minta dunia. Mintalah yang mahal, yang abadi, yang kekal selamanya.

1. Mintalah Allah mudahkan sakaratul maut, wafat dalam iman, mati dalam husnul khotimah.

2. Mintalah ketika dimandikan, dimandikan dengan kasih sayang Allah.

3. Mintalah ketika di alam kubur mendapat rahmat.

4. Mintalah ketika ditanya malaikat Mungkar dan Nakir dimudahkan untuk menjawabnya.

5. Mintalah dihindari dari siksa kubur & azab api neraka.

6. Mintalah ketika kita berada di alam kubur, dijadikan lubang kubur daripada taman-taman syurga.

7. Mintalah ketika di hari kiamat, menerima catatan amalan dari tangan kanan.

8. Mintalah ketika melintas titian Sirat, kita dapat kemuliaan, tidak terjatuh ke dalam neraka.

9. Mintalah kelak kita bisa berdampingan dengan Nabi Muhammad.

10. Mintalah agar kita tidak dipisahkan dari keluarga kita dan berada dibawah satu bumbung syurga.


Urusan Dunia.......

Mintalah : Ya Robb, Berikan kami yang terbaik, selamat Dunia Akhirat.


SELAMAT BERPUASA 1 REJAB ‼️

Previous Post Next Post