PERJALANAN UMRAH DISEMBER 2022


 12.12.2022 - 18.12.2022 ( Makkatul Mukarramah )


Kami bertolak dari Madinatul Munawwarah (Hotel Gonna Toiba )ke Makkatul Mukarrammah ( Hotel sufwah Darul Iman ) pada 12.12.2022. Selepas solat jamak tamam zuhur dan asar ( jamak taqdim).Perjalanan kami dr Madinah ke Kota Mekah adalah selama 5 jam dengan menaiki bas.


 Hotel kami dengan Masjidilharam lebih kurang 7 km.Alhamdulillah kami menginap di penginapan yang hampir dengan masjid semasa di Mekah dan Madinah. Kami pergi dengan travel agensi Alsuffah. Routine kehidupan seperti kebanyakan org yang berazam ke sana. Semaksimum semampunya bersamaNYA.Moga ENGKAU menerima amalan kami dan makbulkanlah permintaan kami..ENGKAUlah selayak dan sebaik penerima doa.Ya Allah..Aminnn


Kalau nak dibandingkan 17 tahun yang lalu dengan sekarang, memang banyak perbezaannya.Dari pelbagai segi...pembangunan ...infrastruktur dan susun atur lelaki dan  perempuan dalam masjid banyk bezanya.bangunannya tinggi tepi masjidil haram.sangat tinggi..kalau lihat dari luar rasa gayat nak menginap di hotel yang bangunan tinggi tu. Tapi bila dah masuk lif, masuk bilik perasaan itu dah tiada..yang tahu syukur dan bahagia...Mana tak bahagianya kalau keluar hotel terus nampak masjid.Pengangkutan utama sepanjang di Mekah dan Madinah adalah berjalan kaki. Tambahan pulak semua ahli bilik baik - baik belaka.Saling bantu membantu..tolong menolong Alhamdulillah. Mungkin petua ustaz Don antara amalan sebelum ke sana..antaranya Doakan kesihatan yang baik dan bertemu dengan  orang2 yang kuat ibadah di sana. Kami menziarahi Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Miqat 1 Jaaranah, miqat 2 jabar nur (gua hirak), miqat ketiga hudaibiah, miqat ke4 ta'naim ( miqat paling hampir dengan mekah ).Semasa di hudaibiah, kami menziarahi Muzium almoudi.

      DI Mekah, kami juga mengambil peluang untuk bertawaf sunat menggunakan scooter.Niat utama untuk merasai bagaimana bertawaf dengan scooter elektrik ini. Best juga...macam makan angin pulak.Secara peribadi saya kurang feel kalau tawaf dengan menggunakan scooter ini.Rasa jauh dengan kaabah .Kalau tawaf di mataf square ( medan tawaf )..kita memang dah dekat dengan kaabah dan setiap masa/saat nampak kaabah.Kalau dah balik Malaysia tak nampak dah real kaabah ...boleh mengadap kaabah saja...jauh di mata.... Lagi pun scooter dibuat khas utk org yg keuzuran...

      Sebenarnya scooter ni kita boleh buat bnyk pusingan utk tawaf sunat. Dah habis 7 pusingan, boleh ulang lagi untuk tawaf sunat seterusnya ( pada masa yang sama ).Berbaloi la kan dengan bayaran tu. Seorang 70 riyal..kalau berdua pulak 115 riyal. Ada diskaun.Kena pandai-pandai agih masa..

     Bagi lelaki pulak kalau nak tawaf sunat/umrah/haji kena berpakaian ihram sekiranya tawaf di mataf square. Ya la pandai2 la buat pertimbangan nak tawaf manual atau pun dengan scooter. Ikut kesesuaian masa, keadaan dan keutamaan masing-masing.

     Yang bestnya icon yang digunakan bahagian kelajuan.Kalau untuk lajukan , kita akan tekan pada image arnab dan kalau nak kurangkan laju, kita tekan pada icon kura2. Terdetik dalam hati laku juga cerita melayu kita ni ."kisah arnab dan kura2" Masihkah anda ingat? Haha. Icon diikhtiraf dunia la kiranya.

     Sekiranya waktu solat tiba, kami akan berhenti dahulu dan akan solat  berhampiran dengan tempat tawaf seterusnya  setelah selesai solat, kami akan sambung tawaf untuk pusingan yang seterusnya.

     Tanggal 17.12.2022 - 18.12.2022  adalah tarikh terakhir kami di bumi Makkatulmukarramah.Kami tawaf widak  selepas asar  sekitar jam 4 .00 petang ( jam mekah ). Kami solat jamak taqdir tamam maghrib dan isyak ( 5.42 petang - waktu maghrib ). Perjalanan kami dari  hotel ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 2 jam dan  dr jeddah ke Malaysia mengambil masa  selama 8 jam dengan menaiki penerbangan MAS.

Previous Post Next Post