Lawatan ke Ranong

 28.1.2025


Seawal jam 3.30 pagi mula bangun tidu.Lebih kurang jam 4.30 pagi bergerak ke SMK Dato' Syed Omar ...menunggu bas dan parking kereta di SMK DATO'SYED OMAR.

Lebih kurang jam 5.30 pagi bastiba dan bergerak menuju ke Boarding .Sevelum itu berhwnti solat di Masjid berhampiran. Sterusnya beegerak ke boarding passt . Step pertama ke.kaunter cek pasport, seterusnya naik bas semula  menuju kek kaunter cop pasport seterusnya naik swmula bas menuju kekaunter ketiga utk cek beg.seterusnya bergerak ke danok utk sarapan 

Kami berempat makan nasi kerabu, nasi goreng, nasi karmouk dan nasik pputih dengan 4 gelas air teh ais dengan harga 550++  bath.

Perjalanan ke Ranong mengambil masa  8 jam dari Danok. Berhenti sekejap utk membuang air dan ada yang pekena kopi amazon. Harga lembu antara 60k hingga 100k bath. nilai matawang rm13 = 100 bath.  80% penduduk di sini adalah muslim.

Seterusnya berhenti makan di..........Di sini makanan kurang kena dengan selera saya.

Meneruskan lagi perjalanan dan berhenti pattolong.di sini terdapat bnyk nenas dan buah salak.buah salaknya lembut bukan sepperti salak di Malaysia dan sabah. Saya suka juga rasa salak dan nenas di sini.

Seterusnya bergerak lagi dan singgah sebentar di Cayya Suratani.Di sini tempat pengumpulan pelbagai buah- buahan. Semasa trip saya sampai di sini ada buah durian. Nampak macam keras isinya tetapi lembut sahaja bila dimakan...sedap juga.di sini juga merupakan tempat pengumpulan telur masin. Kami samppai di hotel Rueangrat  pada jam 10.30 malam waktu Thai.


***********

Berhampiran hotel Rueangrat terdapat masjid Ar ridwan  dan istana ranong ( mengawal ekonomi setempat ). Dan terdapat kota kayu berwarna pink. Airport  50 km dari pekan ranong.

***************

29.1.2025

Sarapan di Restoran ......( berhampiran hotel Rueangrat ). Disebabkan kerusinya tidak mencukupi kami terpaksa makan bersila. Rotinya nipis cicah dengan gulai daging kambing dan ayam dan makanan kurang mencukupi. Seterusnya kami ke segenting kera, melihat peninggalan sejarah kedah tua.berhampiran situ terdapat sebatang sungai yang memisahkan segenting kra dan negara Burma.

Seterusnya kami bergerak hotspring dengan suhu airnya 65 °c.Orang sekitar situ beramai- ramai rendam kaki di tapak rendaman yang disediakan. 

Seterusnya kami meneruskan lagi perjalanan kami utk makan tengahari di  Restoran Rizki. Makanannya sedap .terdapat nasi Harmuk   ( ala- ala arab )dan terdapat juga nasi putih berlauk.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan untuk menunai solat di masjid jannatun.

Usai menunaikan solat, kami bergerak ke ______ Ranong untuk melihat sunset. Kawasannya ala- ala teletubies di Indon...kawasannya di kelilingi dengan tanah tinggi dan tiupan angin yang agak kuat. Tudung saya pun jadi ala tudung karipap.  Seterusnya kami bergerak ke Restauran sekitar situ untuk makan malam sebelum kembali ke hotel Rueangrat. kami sampai di hotel semula pada 10.30 malam. 

************

30.1.2025

Pada jam 8.00 pagi kami check out dari hotel Rueangrat dan sarapan pagi di Restaurant Rizki. Seperti biasa  saya ambik nasi harmouk dan nasi biasa. 











Previous Post Next Post