No title

 22.1.2025( rabu)

Hari ni free n easy

Seawal 8.30 pagi bergerak dari hotel ke stesen keretapi untuk ke disneyland dengan tambang sebanyak  310 yen.  Berhenti  di  Mahaima seterusnya bergwrak ke disneyland berjalan kaki.melawat kawasan sekitar disneyland. Berpusing sekitar Disneyland dengan keretapi dengan bayaran 300++ yen. Mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk cukup 1 pusingan .berhenti dan melihat kedai- kedai yang terdapat sekitar disneyland..bnyk kartun ...haha..beg kartun..keychain kartun..tapi tula harga ..mahai2....

 Seterusnya kami bergerak ke Tokyo Dome. Di situ terdapat roller coaster.Berhampiran Tokyo Dome terdapat Taman Dome City. Setelah selesai bergambar kita bergerak ke  Masjid Yoyogi.

 Di Masjid Yoyogi ( Tokyo Camii Dan Diyanetturkish Culture Center), cabarannya mencari tempat wuduk dan tandas kerana keunikan senibinanya.tandas dan tempat berwuduk terletak di bahagian bawah. Nak turun tingkat bawah bnyk anak tangga dan erbentuk bulatan.Di situ sempat berkenalan dengan seorang pelajar dr Amerika muslim.Dia berada di Japan selama 2 tahun. Sangat friendly orgnya. Berjumpa juga dgn imam masjid itu.dia adalah org turkey.




Previous Post Next Post